Skip to main content

Dasar Privasi

Kemas Kini Terakhir: September 2015

Johnson & Johnson Sdn. Bhd menitikberatkan isu privasi dan berharap anda dapat mengambil tahu tentang cara kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat. Dasar Privasi ini menerangkan amalan kami berhubung maklumat yang kami atau penyedia perkhidmatan kami kumpulkan melalui Laman web atau Harta web (termasuk, sebagai contoh, laman Web atau aplikasi mudah alih) yang dikendalikan dan dikawal oleh kami, yang anda gunakan untuk mengakses Dasar Privasi ini (setiap satunya, “Laman”). Dengan memberikan maklumat peribadi kepada kami atau dengan menggunakan Laman ini, anda bersetuju menerima terma dan syarat Dasar Privasi ini.

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Maklumat yang Anda Berikan

Sesetengah bahagian Laman ini mungkin meminta anda menyerahkan maklumat peribadi bagi membolehkan anda mendapat manfaat daripada ciri-ciri tertentu (seperti langganan surat berita, petua, atau pemprosesan pesanan) atau untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tertentu (seperti cabutan bertuah atau promosi lain). Huraian lengkap cara maklumat peribadi ini, jika ada, mungkin diproses, digunakan, didedahkan atau disimpan oleh kami diberikan kepada anda dalam Notis Privasi kami pada masa pengumpulan dibuat. Anda akan diberitahu tentang maklumat yang wajib dberikan dan maklumat yang tidak wajib diberikan.

Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda hantar dengan maklumat lain yang telah kami kumpulkan daripada anda, sama ada secara dalam talian mahupun luar talian, termasuk, contohnya, sejarah pembelian anda. Kami juga mungkin menggabungkannya dengan maklumat yang kami terima mengenai anda daripada sumber lain, seperti Syarikat Operasi Johnson & Johnson yang lain, sumber maklumat yang tersedia kepada umum (termasuk maklumat daripada profil media sosial umum anda), dan pihak ketiga yang lain.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Pasif

Semasa anda melayari Laman ini, maklumat tertentu boleh dikumpul secara pasif (iaitu, dikumpul walaupun anda tidak memberikannya secara aktif), menggunakan pelbagai teknologi. Kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami akan mengumpul dan menggunakan maklumat dalam pelbagai cara secara pasif, termasuk:

-Melalui pelayar web anda: Maklumat tertentu dikumpulkan oleh kebanyakan pelayar web, seperti alamat Kawalan Akses Media (MAC), jenis komputer (Windows atau Macintosh), resolusi skrin, versi sistem pengendalian, serta jenis dan versi pelayar Internet. Kami mungkin mengumpul maklumat yang serupa, seperti jenis dan pengecam peranti anda, jika anda mengakses Laman melalui peranti mudah alih.

-Menggunakan kuki: Kuki ialah cebisan maklumat yang disimpan secara terus pada komputer yang anda gunakan. Kuki membolehkan kami mengumpul maklumat seperti jenis pelayar web, masa yang dihabiskan di Laman, halaman yang dilawati, dan pilihan bahasa. Kami dan penyedia perkhidmatan kami menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, memaparkan maklumat dengan lebih berkesan, dan untuk memperibadikan pengalaman anda semasa menggunakan Laman ini. Kami juga menggunakan kuki untuk mengecam komputer atau peranti anda, yang akan memudahkan anda menggunakan Laman ini, misalnya, mengingati kandungan di dalam troli beli-belah anda. Di samping itu, kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat statistik mengenai penggunaan Laman dalam usaha untuk terus meningkatkan mutu reka bentuk dan fungsi, memahami cara para individu menggunakannya, dan untuk membantu kami menjawab pertanyaan mengenainya. Kuki selanjutnya membolehkan kami memilih iklan atau tawaran yang mungkin menarik bagi anda dan memaparkannya semasa anda berada di Laman ini. Kami juga mungkin menggunakan kuki dalam pengiklanan dalam talian untuk menjejaki respons pengguna terhadap iklan kami.
Anda boleh menolak untuk menerima kuki ini dengan mengikut arahan pelayar web anda; walau bagaimanapun, jika anda tidak menerimanya, anda mungkin akan mengalami sedikit kesulitan semasa menggunakan Laman ini. Anda mungkin juga tidak akan menerima iklan atau tawaran lain daripada kami yang berkaitan dengan minat dan keperluan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuki, sila lawati http://www.allaboutcookies.org (link is external)

-Menggunakan kuki Flash: Penggunaan teknologi Adobe Flash (termasuk Objek Disimpan Setempat Flash ( "Flash LSO")) membolehkan kami, antara lain, untuk berkhidmat kepada anda berdasarkan maklumat yang lebih terperibadi, memudahkan anda untuk terus mengakses dan menggunakan Laman ini, dan mengumpul serta menyimpan maklumat tentang cara anda menggunakan Laman ini. Jika anda tidak mahu Flash LSO disimpan pada komputer anda, anda boleh melaraskan tetapan Flash Player anda supaya menyekat penyimpanan Flash LSO menggunakan alat yang terdapat di Website Storage Settings Panel (link is external). Anda juga boleh mengawal Flash LSO dengan pergi ke Global Storage Settings Panel (link is external) dan mengikut arahan (yang mungkin termasuk arahan yang menjelaskan, sebagai contoh, cara untuk memadamkan Flash LSO sedia ada (dirujuk sebagai “maklumat” pada laman Macromedia itu), cara mencegah Flash LSO daripada diletakkan pada komputer anda tanpa kebenaran anda, dan (untuk  Flash Player 8 dan ke atas) cara menyekat Flash LSO yang bukan dihantar oleh pengendali halaman yang sedang anda layari pada masa itu). Sila ambil perhatian bahawa menetapkan Flash Player supaya menyekat atau mengehadkan penerimaan Flash LSO boleh mengurangkan atau menghalang fungsi sesetengah aplikasi Flash, yang mungkin termasuk aplikasi Flash yang digunakan berkaitan dengan Laman ini atau kandungan dalam talian kami.

-Menggunakan teg piksel, bikon web, GIF jelas, atau teknologi lain yang serupa: Ia mungkin digunakan berhubung sesetengah halaman Laman ini dan mesej e-mel berformat HTML untuk, antara lain, menjejaki tindakan pengguna Laman dan penerima e-mel, mengukur kejayaan kempen pemasaran kami, dan mengumpul statistik mengenai penggunaan dan kadar respons Laman.

-Pengiklanan tingkah laku dalam talian: Penggunaan kuki, teg piksel, bikon web, GIF jelas, atau teknologi lain yang serupa membolehkan vendor pihak ketiga kami menyajikan iklan tentang produk dan perkhidmatan kami apabila anda melawat Laman ini atau laman web atau harta web lain di seluruh Internet. Vendor tersebut mungkin meletakkan teg piksel, bikon web, GIF jelas, atau teknologi lain yang serupa di Laman ini dan laman web atau hak harta web lain, dan juga meletakkan atau mengecam kuki pihak ketiga apabila anda melawat Laman atau laman web atau harta web lain. Mereka mungkin menggunakan maklumat mengenai lawatan anda ke Laman ini dan laman web atau harta web lain untuk menyediakan iklan tentang barangan dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda.

-Alamat IP: Alamat IP anda ialah nombor yang diberi oleh Penyedia Perkhidmatan Internet anda secara automatik kepada komputer yang anda gunakan. Alamat IP dikenal pasti dan dilog secara automatik dalam fail log pelayan kami setiap kali pengguna melawat Laman ini, bersama masa lawatan dan halaman yang telah dilawati. Mengumpul Alamat IP ialah amalan standard di Internet dan dilakukan secara automatik oleh banyak laman web. Kami menggunakan Alamat IP untuk tujuan seperti mengira tahap penggunaan Laman, membantu mendiagnosis masalah pelayan, dan mentadbir Laman ini.

-Maklumat Peranti:  Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai peranti mudah alih anda, seperti pengecam peranti unik.

Cara Kami Menggunakan dan Mendedahkan Maklumat

Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat yang anda berikan kepada kami, jika ada, sebagaimana yang diterangkan kepada anda pada masa pengumpulan dalam Notis Privasi kami.

Kami juga mungkin menggunakan maklumat daripada atau tentang anda untuk tujuan yang berkait terus dengan pentadbiran kami, seperti:

  • -untuk menjawab pertanyaan dan memenuhi permintaan anda, seperti untuk menghantar dokumen yang anda minta atau makluman e-mel;
  • -untuk menghantar maklumat penting mengenai hubungan kami dengan anda atau mengenai Laman ini, perubahan kepada terma, syarat, dan dasar dan/atau maklumat pentadbiran yang lain; dan
  • -untuk tujuan perniagaan kami, seperti analisis data, audit, membangunkan produk baharu, meningkatkan mutu laman web kami, memperbaik produk dan perkhidmatan kami, mengenal pasti trend penggunaan Laman, memperibadikan pengalaman anda di Laman ini dengan menyajikan produk dan tawaran yang disesuaikan dengan pilihan anda, serta menentukan keberkesanan kempen promosi kami.

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat yang dikumpul melalui Laman ini

  • -kepada anggota gabungan kami untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Senarai anggota gabungan kami boleh didapati di http://www.investor.jnj.com/governance/sec-filings.cfm (link is external) (klik pada pautan untuk Form 10K, Exhibit 21, di bawah “SEC Filings”). Johnson & Johnson Sdn. Bhd merupakan pihak yang bertanggungjawab atas pengurusan Maklumat Peribadi yang digunakan bersama;
  • -kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami yang menyediakan perkhidmatan seperti pengehosan dan penyederhanaan laman web, pengehosan aplikasi mudah alih, analisis data, pemprosesan bayaran, pemprosesan pesanan, penyediaan infrastruktur, perkhidmatan IT, khidmat pelanggan, perkhidmatan penghantaran e-mel dan surat, pemprosesan kad kredit, perkhidmatan pengauditan, dan perkhidmatan lain, untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan; dan;
  • -kepada pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang penyusunan semula, penggabungan, penjualan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan, atau pelupusan lain terhadap semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset, atau saham kami (termasuk yang berkaitan dengan sebarang kebankrapan atau prosiding yang serupa).

Di samping itu, kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikumpul melalui Laman ini sekiranya kami percaya ia perlu atau wajar: (a) seperti yang dibenarkan oleh, atau dikehendaki di bawah undang-undang yang berkenaan, termasuk undang-undang di luar negara kediaman anda; (b) untuk mematuhi proses perundangan; (c) untuk bertindak balas kepada permintaan daripada orang ramai dan pihak berkuasa kerajaan, termasuk orang ramai dan pihak berkuasa kerajaan di luar negara kediaman anda; (d) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami; (e) untuk melindungi operasi kami atau operasi mana-mana anggota gabungan kami; (f) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan, atau harta kami, dan/atau anggota gabungan kami, anda, atau orang lain; dan (g) untuk membolehkan kami mendapatkan remedi yang tersedia atau mengehadkan kerosakan yang mungkin kami tanggung. Kami juga mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikumpul melalui Laman ini dengan cara lain, dengan persetujuan anda.

Kami juga mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat yang kami kumpul secara pasif seperti yang diterangkan di atas, di bawah “Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Pasif”, dan untuk sebarang tujuan lain, kecuali sekiranya kami dikehendaki untuk tidak berbuat demikian di bawah undang-undang yang berkenaan (contohnya, jika kami dikehendaki mengendalikan maklumat sedemikian sebagai maklumat peribadi). Di samping itu, kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat yang bukan berbentuk boleh mengecam diri untuk sebarang tujuan. Jika kami menggabungkan maklumat yang tidak boleh mengecam diri dengan yang boleh (misalnya, menggabungkan nama anda dengan lokasi geografi anda), kami akan mengendalikan maklumat gabungan itu sebagai maklumat peribadi selagi ia digabungkan.

LAMAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Dasar Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab atas, privasi, maklumat, atau amalan lain mana-mana pihak ketiga, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web atau harta web (termasuk, tanpa had, mana-mana aplikasi) yang boleh didapati melalui Laman ini atau yang mana pautannya terdapat di Laman ini. Menyediakan atau menyertakan pautan kepada mana-mana laman atau alatan web sedemikian di Laman ini tidak menggambarkan pengendorsan oleh kami atau oleh anggota gabungan kami.

KESELAMATAN

Kami menggunakan langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi yang berada di bawah kawalan kami. Malangnya, tiada penghantaran data melalui Internet atau sistem penyimpanan data yang boleh dijamin 100% selamat. Jika anda mempunyai sebab untuk percaya bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (contohnya, jika anda berasa bahawa keselamatan mana-mana akaun anda dengan kami telah dicerobohi), sila beritahu kami masalah itu dengan segera dengan menghubungi kami mengikut cara yang diterangkan di bahagian “Menghubungi Kami” di bawah.

PILIHAN DAN AKSES

Pilihan anda berkenaan cara kami menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda.

Kami memberi anda pilihan berhubung penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran kami. Anda boleh memilih untuk keluar daripada:

  • - Menerima komunikasi pemasaran daripada kami: Jika anda telah memberi kami persetujuan yang jelas tetapi anda tidak lagi mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami selepas dari itu, anda boleh memilih untuk tidak menerimanya dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. Dalam e-mel anda kepada kami, sila sertakan nama, jenis komunikasi pemasaran yang tidak lagi mahu diterima, dan sertakan juga alamat ke mana komunikasi tersebut dihantar]. Sebagai contoh, jika anda tidak lagi mahu menerima e-mel atau mel pemasaran daripada kami, beritahu kami dan berikan nama anda serta alamat e-mel atau alamat pos yang berkenaan.

Anda juga boleh memilih untuk keluar daripada mesej pemasaran kami menggunakan fungsi Pilih Keluar atau Nyah Langgan yang terdapat dalam setiap mesej pemasaran.

Kami akan memenuhi permintaan anda dalam tempoh masa yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, atau secepat yang dapat dilaksanakan. Sila ambil perhatian juga bahawa jika anda memilih untuk keluar daripada menerima mesej pemasaran daripada kami, kami mungkin masih menghantar mesej urus niaga dan pentadbiran yang penting, dan anda tidak boleh memilih untuk berhenti daripada menerimanya.

Cara untuk mengakses, mengubah atau memadamkan maklumat peribadi anda

Jika anda ingin menarik balik keizinan, menyemak, membetulkan, mengemas kini, atau memadamkan maklumat peribadi anda yang telah anda beri melalui Laman ini, sila hantarkan permintaan anda kepada [email protected]. Kami akan memenuhi permintaan anda dalam tempoh masa yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, ataupun secepat yang dapat dilaksanakan.

TEMPOH PENGEKALAN

Kami menyimpan maklumat peribadi anda selama tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini, melainkan jika tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, ataupun untuk memenuhi kewajipan perundangan.

PENGGUNAAN LAMAN OLEH KANAK-KANAK

Laman ini tidak ditujukan kepada individu bawah umur 18 tahun, dan kami meminta individu bawah umur supaya tidak memberikan Maklumat Peribadi melalui Laman ini.

PEMINDAHAN MERENTASI SEMPADAN

Dengan menggunakan Laman kami atau dengan memberikan keizinan kepada kami (jika dikehendaki oleh undang-undang), anda bersetuju dengan pemindahan maklumat peribadi anda ke negara yang bukan negara kediaman anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Sekiranya kami memindahkan maklumat peribadi anda kepada anggota gabungan kami atau penyedia perkhidmatan berkontrak kami yang berpangkalan di luar Malaysia, kami akan memastikan, dengan cara seperti kontrak dan perjanjian pemindahan data peribadi, bahawa data peribadi anda dilindungi pada setiap masa selaras dengan undang-undang privasi, peraturan atau kod yang diguna pakai di Malaysia.

MAKLUMAT SENSITIF

Melainkan kami meminta atau mempelawa secara khusus, kami meminta supaya anda tidak menghantar, dan tidak mendedahkan, sebarang maklumat peribadi yang sensitif (contohnya, maklumat yang berkaitan asal usul bangsa atau etnik, pendapat politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan, latar belakang jenayah atau keahlian kesatuan sekerja) di atau melalui Laman ini ataupun kepada kami. Sekiranya kami meminta atau mempelawa anda untuk memberikan maklumat sensitif, kami akan berbuat demikian dengan persetujuan yang jelas daripada anda.

KEMAS KINI TERHADAP DASAR PRIVASI INI

Kami mungkin mengubah Dasar Privasi ini. Sila lihat “TERAKHIR DIKEMAS KINI” di bahagian atas halaman ini untuk melihat tarikh terakhir Dasar Privasi ini disemak. Sebarang perubahan kepada Dasar Privasi ini akan berkuat kuasa apabila kami menerbitkan Dasar Privasi yang telah diubah pada Laman ini. Jika anda menggunakan Laman selepas perubahan ini, maknanya anda menerima Dasar Privasi yang telah diubah itu.

MENGHUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui telefon di talian 1800 222 565 (Bebas tol), hantar e-mel kepada [email protected] atau hantar surat ke alamat berikut:

Johnson & Johnson Sdn Bhd
Level 8, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia