pimples can form on the surface or deep in your skin

Anda mungkin mengalami jangkitan teruk atau hanya satu bintik. Tetapi tahukah anda jenis masalah yang anda hadapi? Pengetahuan adalah penting dalam merawat jangkitan akne anda.

Bintik putih

Bintik putih akan terbentuk pada kulit anda apabila pori-pori yang tersumbat tertutup, dan menghasilkan bintil-bintil kecil pada permukaan. Bintik-bintik ini belum lagi mengalami jangkitan, dan tidak bengkak atau merah.

Bintik Hitam

Bintik hitam terbentuk apabila pori-pori yang tersumbat akibat minyak berlebihan tidak tertutup. Apabila terdedah kepada udara, pori-pori ini menjadi hitam, dan menghasilkan titik-titik hitam kecil yang dapat dilihat pada kulit anda.

Jerawat

Jerawat tumbuh apabila pori-pori yang tersumbat pecah dan dijangkiti bakteria, menjadikan kulit radang, merah dan sakit. Ia boleh terbentuk sama ada pada permukaan atau jauh di dalam kulit, dan kadang-kadang boleh mengandungi nanah.