Adakah kulit anda berminyak, kering, kombinasi, sensitif atau normal? Mengetahui jawapan kepada soalan penting ini boleh membantu anda memilih produk dan rutin pembersihan yang betul, serta menjaga kulit dengan lebih baik.

Normal

Kulit normal tidak terlalu kering mahupun terlalu berminyak. Ia tidak terlalu sensitif, dan hampir tiada cela. Jika ini jenis kulit anda, anda memang bertuah! Anda mungkin tidak mengalami terlalu banyak masalah kulit.

Kami mengesyorkan: CLEAN & CLEAR® Essentials Foaming Facial Wash, CLEAN & CLEAR® Essentials Oil-control Toner, CLEAN & CLEAR® Essentials Moisturizer

Kombinasi

Kulit kombinasi lazimnya kering atau normal di sesetengah bahagian muka tapi berminyak di Zon T, nama istimewa bagi bahagian dahi, hidung dan dagu pada muka anda. Jika ini jenis kulit anda, anda mungkin bergelut dengan masalah pori-pori besar, bintik hitam, serta keadaan berminyak dan berkilat di bahagian Zon T muka anda.

Kami mengesyorkan: CLEAN & CLEAR® Deep Action Cleanser, CLEAN & CLEAR® Deep Action Daily Pore Cleanser, CLEAN & CLEAR® Oil Control film

Kering

Kulit kering tidak menyimpan minyak atau kelembapan dengan baik. Ia akan terasa tegang dan boleh menjadi kasar, gatal dan mengelupas. Jika ini jenis kulit anda, gunakan pembersih yang lembut dan elakkan daripada mencuci muka anda terlalu kerap. Sapukan pelembab yang kaya beberapa kali sepanjang hari.

Berminyak

Kulit berminyak biasanya kelihatan berkilat atau terasa berminyak dengan cepat. Ini kerana jenis kulit ini menghasilkan lebihan minyak, yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat, menggalakkan bakteria dan menyebabkan akne. Jika ini jenis kulit anda, jangan sekali-kali memicit atau mencucuk jerawat dan hanya gunakan produk yang bebas minyak dan bukan komedogenik, yakni tidak menyumbat pori-pori.

Kami mengesyorkan: CLEAN & CLEAR® Deep Action Cleanser, CLEAN & CLEAR® Deep Action Daily Pore Cleanser, CLEAN & CLEAR® Oil Control film, CLEAN & CLEAR® Active Clear Cleanser

Sensitif

Kulit sensitif mudah radang, menjadi gatal, merah, sakit dan kering. Jika kulit anda jenis ini, ketahui dan elakkan faktor-faktor yang mencetuskan reaksi ini. Jauhi daripada pembersih dan produk penjagaan kulit yang kasar.

Kami mengesyorkan: CLEAN & CLEAR® Essentials Foaming Facial Wash, CLEAN & CLEAR® Essentials Oil-control Toner, CLEAN & CLEAR® Essentials Moisturizer