Mendapat dan mengekalkan kulit bebas jerawat lebih mudah daripada yang disangka. Amalkan tabiat-tabiat baik ini untuk melenyapkan jerawat.

1. Cuci muka anda dua kali sehari.

Mencuci secara berlebihan mahupun kurang mencuci sama-sama mendatangkan masalah pada kulit anda. Jadi berapa kalikah yang terbaik? Biasanya, mencuci dua kali sehari sudah mencukupi. Mereka yang memiliki kulit sensitif seharusnya kekal dengan produk bebas wangian.

2. Jauhi produk tenusu dan roti putih.

Anda makan dengan betul untuk mengekalkan berat badan yang sihat, tetapi makanan yang betul juga boleh membantu kulit anda. Jauhi susu dan produk tenusu lain yang mungkin mengandungi hormon yang mencetuskan pengeluaran minyak. Karbohidrat yang diproses seperti roti, pasta dan kentang goreng juga boleh menjadikan bintik-bintik lebih teruk lagi dengan menyebabkan keradangan.

3. Bersihkan diri selepas bersenam.

Senaman adalah baik bukan sahaja untuk badan anda tetapi juga kulit anda, kerana ia boleh meningkatkan peredaran darah dan membantu membawa toksin ke permukaan. Jangan lupa untuk mandi dan mencuci muka anda selepas senaman intensif, supaya bakteria dan sel-sel kulit mati tidak menyumbat pori-pori anda.

4. Dapatkan tidur yang secukupnya.

Tidur selama sekurang-kurangnya tujuh jam sehari memberi badan anda tempoh yang cukup untuk membaiki dan memulihkan kulit anda. Ini membantu kulit anda tampil muda dan segar. Hasilnya mungkin tidak kelihatan sekarang, tetapi kulit anda pasti nyata berbeza pada masa hadapan.

5. Jangan abaikan penapis suria.

Sinar UV matahari mengeringkan kulit anda, dan badan anda bertindak balas dengan mengeluarkan lebih banyak minyak. Lebih banyak minyak maksudnya lebih banyak masalah! Sayangilah kulit anda dan jangan ke mana-mana tanpa penapis suria. Cuma pastikan ia bebas minyak!