Walaupun anda terlalu letih, menanggalkan mekap sebelum masuk tidur adalah tabiat yang baik.

Kebanyakan produk yang dipakai pada muka boleh menyebabkan pori-pori tersumbat jika dibiarkan semalaman, dan tiba-tiba muka anda sudah berjerawat. Amalan mencuci muka yang mudah dan cepat sebelum tidur membezakan antara kulit yang cantik dan berjerawat.

Langkah 1: Tanggalkan mekap mata.

Maskara dan celak biasanya yang paling sukar untuk dibersihkan, dengan itu gunakan cecair atau krim penanggal yang dibuat khusus untuk mata terlebih dahulu. Gunakan pad kapas untuk menyeka mekap anda dengan lembut dan berhati-hati supaya kulit sensitif di sekeliling mata tidak tersental.

Langkah 2: Cuci bersih yang selebihnya.

Setelah anda membersihkan mekap mata anda, basahkan muka dan urut sedikit pembersih dengan lembut pada kulit anda. Jangan lupa garis rambut dan garis rahang anda, terutamanya jika anda menggunakan krim asas. Biarkan pembersih selama 15 saat sebelum membasuhnya. Tepuk-tepuk muka dengan tuala bersih untuk mengeringkannya.