thedirtonblackheads-pq.jpg

Mengelak gambar jarak dekat kerana bintik hitam yang menjengkelkan? Ketahui apa yang berlaku agar anda kembali menjadi tumpuan.

Apakah bintik hitam ini?

Bintik hitam adalah titik kecil berwarna hitam yang muncul pada kulit anda.

Apakah yang berlaku?

Seperti jerawat, bintik hitam boleh muncul apabila minyak berlebihan pada kulit menyumbat pori-pori anda. Apabila terdedah kepada udara, minyak dan sel-sel kulit yang mati menjadi hitam.

 

Bolehkah saya memicit bintik-bintik hitam pada muka saya?

Memang seronok! Tetapi jangan! Memicit bintik hitam mungkin menyebabkan ia merebak, kerana tangan anda mengandungi lebih banyak bakteria dan minyak yang boleh menyumbat pori-pori.

Apakah cara untuk mengelakkan daripada mendapat bintik hitam?

Dengan memastikan muka anda bebas daripada bakteria dan minyak berlebihan. Jalankan pengelupasan kulit dengan kerap, gunakan hanya produk penjagaan kulit dan kecantikan yang bebas minyak, serta cuci muka anda dengan pembersih yang bagus.

Pembersih manakah yang patut saya gunakan?

Pembersih yang mengandungi asid salisilik untuk menghapuskan minyak berlebihan pada kulit anda dan menghindarkan bintik hitam yang tak diundang.